Saturday, May 22, 2010

Coming Back Kajang

Salam semua


Berjumpa lagik kite diruangan ini ek..kdg2 mood nie ok..kdg2 x..ala biasele kan manusia...erm semalam..me baru jek dtg ke kajang balik..dah sekian lama duk kag..x lama..cuma 2mth jek..saje jek ubh angin nak balik kajang nie ha..berpantang disini..bersama2 hubby tersayang huhuhu..
Kadang2 keadaan yg memaksa kite buat semua nie..keadaan yg menentukan segalanyer apbila diri rasa tersisih..hehehe..isk xder la..saje je nak bermadah..
ooo ye ..me dah pun dah 33wek..pregnant..erm yg anak num 2 nie masa preg mmg betul2 mencabar..dah 33weks mmg me dah rasa x larat nak bawak perut dah, nasib baik me x keje..kalu x asyik mc je la jwbnyer..bb pun asyik menendang jek..kdg2 tu kontraksi nie ha..teruk jugak me kene..ye la..dah dekat2 nie ha..mcmc2 je la yg jd kan..apa pun me kena byk2 bersabar dlm keadaan mcmc nie..kontraksi mcmc nie..org panggil Bracton Hics..erm kontraksi palsu..ye la..kdg2 perut me nie menegang sgt..fuh mcmc nak bersalin rasa..tp xder la..
tp kan takut gak la..bersalin x ckup bln lagik mccm anak me yg 1st tu ha..34wek..so skrg me dah 33 wek..rasa takut jugak la..tp x per..itu semua dugaan kan..
Erm td me ade baca artikel nie..ttg solat awal..ermm bagus gak..jap me copy...:...





Subject: FW: RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU 
ITU ADALAH RAHSIA  DI SEBALIK SOLAT AWAL WAKTU... TAPI LAKUKANLAH KRN ALLAH. KALAU KITA MENCINTAINYA PASTI KITA LAKUKAN APA YANG DI SUKAINYA..

"BARANG SESIAPA YANG SENGAJA MELENGAH LENGAHKAN SOLAH MAKA IA DI DALAM KEADAAN BERDOSA. TIADA JALAN PENGAMPUNAN LAIN MELAINKAN SOLAH TAUBAT.. MASYAALLAH.. ." 
Dipanjangkan semoga mendapat keberkatan bersama
RAHSIA SOLAT AWALWAKTU
Ditulis oleh Ustaz Zahazan    
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. 
Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. 

Pada waktu Subuh
 alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. 
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
 

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui 
konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 

Waktu Zuhur
 
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan 
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? 

Waktu Asar
 
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi 
sistem reproduktifRahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita 

Waktu Maghrib
 
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua 
agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
 

Waktu Isyak
 
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan 
rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 

Selepas tengah malam
, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. 

Kita sebagai umat Islam sepatutnya 
bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

wallahua'alam. ....

 

Sunday, April 18, 2010

New Entry

18 april 2010


Salam... berjumpa lagik..me sekarang tgh sarat pegnant..erm sekarang dah masuk 29 week dah..me rasa x sabar nak tunggu kelahiran bb nie...
My hubby pun mccm2...ooo ye apa pun sekarang me rasa xder mood la...nak type entry nie..
continueeeeeeee

Monday, March 29, 2010

Entry 2week...

29 march 2010

Alhamdulillah jumpa lagik kite ye...lama me menyepi diri..email pun penuh inbox..erm penat nak mendelete..bukan me sekadar nak ilangkan diri ..ttp memadangkan masa yg mmg x mengizinkan me nak berblogging.hhuhuh...
Act me sekrang dh balik kg dah..tinggal terus kat kg sampai lepas pantang n p balik kat kajang..erm sayang jugak nak tinggal hubby sorang2 kat sana..sedih.. apa pun demi bb yg bakal lahir nanti keselamatan itu penting...oo ye last week my mum masuk ward..kena kencing manis tahap kritikal..kalu x bawa tepat pada waktu ari2 ..my mum dah coma ..tp alhamdulillah umur panjang lagik..apa pun..me penat dah sekarang ni nak menghadap pc nie ha..nanti me ada masa me cont lagik ek..entry ini...
jgn marah yek...

wassalam...

Thursday, March 11, 2010

Petikan Dari Email..Mustahak

11 mac 2010


Todaz me nak kongsi satu petikan zg me copy dari email me...mustahak...harap dijadikan ikhtibar dan berhati2 didalam mengharungi hidup seharian...





Subject: Fwd: Mustahak! Ini Adalah Info Pemakanan Harian Kita.





















AWAS !!! Ada di jual di 7-11










Jangan Minum AIR KICKAPOO

Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:

Tolong sebarkan dan jgn sekali-kali membelinya..

http://www.kickapoojoy..com/history.html




http://www.monarch-beverage.com/home.htm



Jolly Shandy : Arak Alaf Baru yang mengelirukan!!


Image removed by sender.



PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .
Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut..


Minuman Berkarbonat Ternama Mengandungi Bahan Asing






KUALA LUMPUR – Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca – Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan.
Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar Coca – Cola minuman berkarbonat popular yang terpaksa menanggung kerugian kerana terbeli " air makhluk asing." Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar minuman antarabangsa dan terkemuka kerana menjual air yang berisi bahan kotoran.
Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air coca-cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang .
PPIM juga was-was dengan status halal minuman coca-cola kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut. Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya.
PPIM telah lama melancarkan boikot terpilih termasuklah Coca – Cola dan menyeru masyarakat pengguna Islam melakukan perkara yang sama. PPIM mengambil langkah drastik dengan membuat laporan di Balai Polis Setapak demi kepentingan hak kemanusiaan dan kepenggunaan.
Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.
Sokonglah produk keluaran Islam.

AYAM TESCO Tak Halal

PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 20 FEBRUARI 2008





Produk paling LARIS tetapi TIDAK HALAL



1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS






KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.





* Di atas adalah barang2 keluaran Narcissus



"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
· Canned Meat
· Canned Seafood
· Canned Fruits
· Canned Vegetables
· Seasonings 











RENNET [ KHINZIR ]





KERATAN-KERATAN AKHBAR YANG MELAPORKAN... YANG PASTI MELOYAKAN TEKAK ANDA











"...adalah tidak mustahil, seorang ISLAM yang kini sudah berusia 40 tahun,...kalau dihitung
...mungkin dah termakan seekor babi secara syubhah...!!!"


"...SEDARILAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI, SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA......ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH..."

...masih lagi dok fikir ??? sampai bila nak fikir ???

"....marilah bersama-sama kami,..kita sama-sama berjamaah mencari, mempromosi & mengguna produk-produk yang 100% HALAL keluaran syarikat 100% Bumiputra Muslim.....demi masa depan anak bangsa kita...
MELAYU & ISLAM....INSYAALLAH"

Wednesday, March 10, 2010

Word Quran

09 03 2010


Jumpa lagik ek....ermm me tgh nak masukkan quran nie dekat word....ada kwn bg ...aplgi benda yg mmg bermanafaat..so gunkan lah sebaik mungkin kan...


nak link kat sini me kena mintak dgn tuan punyer dulu..apa pun me out dulu la ekk....


salam

Monday, March 8, 2010

Keinsafan

08 03 2010


Alhamdulillah jumpa lagik..


Today me rasa sayu jek hati nie..dgr link quran nie..sayu jek hati nie...maybe byk dosa yg x pernah langsaikan..huhuuhuhu..


apapun layanzzzzzzzzzzz


http://www.quranexplorer.com/

Saturday, March 6, 2010

Bersalin


06 03 2010

Alhamdulillah adik me dah selamat bersalin...dapat bb boy..2.82..besar jugak la..dari bb me dulu ..si ain tu ha..1.9 kg..ala biase le x cukup bulan...so skrg me pegnant anak num 3..yg 2 miscarriege..x per la..dah xder rezeki..alhamdulillah rezeki dah ada..so tunggu n see jek la..

Today InsyaAllah me nak p bangi kot nak tgk sedara yg dah bersalin tu ha...apa cite agakknyer..setahu me la dia bersalain awl dari jangkaan ..dgr kata bb besar kalu nak tunggu due date dia..meremang jugak aku dgr..tp apa pun me harap semuanyer cihat dgn kedtangan org baru la ek..

oo ye nie ada artikel yg baru me dapat...layanzzzzzzzzz...

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang
adalah orang yang belum menemukan penghibur duka
dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan
sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang
kubur.

5.
Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum
wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik
ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang
lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan
apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak
bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan
akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia
hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual
kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.
Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan
sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai
untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap
kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan
pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum
lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin
lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak
berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata.
Satu di sebelah kanan, satu di sebelah
kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30.
Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah
beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki
yang dicintainya dan yang mencintainya.