Saturday, May 22, 2010

Coming Back Kajang

Salam semua


Berjumpa lagik kite diruangan ini ek..kdg2 mood nie ok..kdg2 x..ala biasele kan manusia...erm semalam..me baru jek dtg ke kajang balik..dah sekian lama duk kag..x lama..cuma 2mth jek..saje jek ubh angin nak balik kajang nie ha..berpantang disini..bersama2 hubby tersayang huhuhu..
Kadang2 keadaan yg memaksa kite buat semua nie..keadaan yg menentukan segalanyer apbila diri rasa tersisih..hehehe..isk xder la..saje je nak bermadah..
ooo ye ..me dah pun dah 33wek..pregnant..erm yg anak num 2 nie masa preg mmg betul2 mencabar..dah 33weks mmg me dah rasa x larat nak bawak perut dah, nasib baik me x keje..kalu x asyik mc je la jwbnyer..bb pun asyik menendang jek..kdg2 tu kontraksi nie ha..teruk jugak me kene..ye la..dah dekat2 nie ha..mcmc2 je la yg jd kan..apa pun me kena byk2 bersabar dlm keadaan mcmc nie..kontraksi mcmc nie..org panggil Bracton Hics..erm kontraksi palsu..ye la..kdg2 perut me nie menegang sgt..fuh mcmc nak bersalin rasa..tp xder la..
tp kan takut gak la..bersalin x ckup bln lagik mccm anak me yg 1st tu ha..34wek..so skrg me dah 33 wek..rasa takut jugak la..tp x per..itu semua dugaan kan..
Erm td me ade baca artikel nie..ttg solat awal..ermm bagus gak..jap me copy...:...





Subject: FW: RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU 
ITU ADALAH RAHSIA  DI SEBALIK SOLAT AWAL WAKTU... TAPI LAKUKANLAH KRN ALLAH. KALAU KITA MENCINTAINYA PASTI KITA LAKUKAN APA YANG DI SUKAINYA..

"BARANG SESIAPA YANG SENGAJA MELENGAH LENGAHKAN SOLAH MAKA IA DI DALAM KEADAAN BERDOSA. TIADA JALAN PENGAMPUNAN LAIN MELAINKAN SOLAH TAUBAT.. MASYAALLAH.. ." 
Dipanjangkan semoga mendapat keberkatan bersama
RAHSIA SOLAT AWALWAKTU
Ditulis oleh Ustaz Zahazan    
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. 
Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. 

Pada waktu Subuh
 alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. 
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
 

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui 
konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 

Waktu Zuhur
 
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan 
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? 

Waktu Asar
 
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi 
sistem reproduktifRahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita 

Waktu Maghrib
 
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua 
agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
 

Waktu Isyak
 
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan 
rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 

Selepas tengah malam
, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. 

Kita sebagai umat Islam sepatutnya 
bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

wallahua'alam. ....